Akta Akuan Berkanun 1960
Statutory declarations act 1960 (revised 1969) laws of malaysia reprint published by the commissioner of law revision, malaysia under the authority of the revision of laws act 1968 in collaboration with malayan law journal sdn bhd and percetakan nasional malaysia bhd.
Mengapakah Akta ini sangat berkait rapat dengan Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah? AAB merupakan satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi membuat dan mengambil Akuan Berkanun dan bagi maksud yang berkaitan dan bersampingan dengannya. Tajuk Ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Akuan Berkanun 1960.
Borang akuan 2. Sah bagi mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret, Pesuruhjaya Sumpah atau tertakluk kepada seksyen 4 Akta Notari Awam 1959 (Akta 115), bagi mana-mana Notari Awam yang dilantik di bawah Akta Notari Awam 1959, mengambil dan menerima akuan mana-mana orang yang membuat akuan dengan SUKARELA dalam bahasa melayu atau inggeris mengikut borang dalam jadual. Penjelasan seterusnya dlm komen di bawah. Persoalan Pertama: Mengapakah kita semua perlu mengangkat sumpah?
Jawapan: Kebanyakan urusan-urusan harian semada dipihak kerajaan maupun swasta menghendaki kita membuat sesuatu pengakuan yang mengatakan bahawa pengakuan tersebut adalah betul. Jika kita berurusan dengan Jabatan Kerajaan, contohnya diJabatan Pendaftaran Negara, maka kebanyakkan borang yang perlu diisi menghendaki kita membuat akuan sumpah. Begitu juga di Jabatan Imigresen, JPJ, Kementerian Luar (Sijil Kelakuan Baik), KWSP, dan banyak lagi. Jika diswasta pula contohnya pengesahan laporan odit kewangan, laporan setiausaha syarikat dan sebagainya. Maka sepatutnya kita tahu bahawa Akuan Sumpah adalah begitu penting dalam hidup kita.
Persoalan kedua: Bagaimana sesuatu Akuan Sumpah boleh dibuah secara sah? Jawapan: Sesuatu akuan sumpah akan menjadi sah dan diterima pakai dimahkamah apabila deponen (orang yang mengangkat sumpat) telah melaksanakan perkara seperti dibawah: (a) menyediakan dokumen akuan sumpah secara kendiri. (b) dokumen tersebut mestilah mengikut format yang dikhaskan dalam akta Akuan Berkanun 1960. (c) bawa sendiri dokumen datang dihadapan seorang Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah. (d) Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah melaksanakan tugas-tugasnya seperti didalam Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 dimana: Deponen mestilah tanda tangani dokumen sumpah dihadapan pegawai-pegawai tersebut di atas.
Peringatan: Anda boleh memastikan seseorang Pesuruhjaya Sumpah yang sah apabila anda melayari web Mahkamah Persekutuan atau Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia. Ada juga Pesuruhjaya Sumpah yang menjalankan perkhidmatan dengan tanpa lesen yang sah, waspadalah. Persoalan: Apakah akibatnya apabila kita membuat sesuatu akuan sumpah secara palsu? Jawapan: Menurut akta ini bahawa sesuatu akuan palsu boleh dihukum dibawah Kanun Keseksaan (Penal Code) di bawaw Seksyen 199 dan Seksyen 200. Seksyen 199 KK, menyatakan bahawa, kenyataan palsu yang dibuat dalam sesuatu akuan yang diterima di sisi undang-undang sebagai keterangan. ' Barang siapa.
Membuat satu kenyataan palsu hendaklah disiksa sama seperti seolah-olah ia telah memberikan keterangan palsu'. Seksyen 200 KK, pula menyatakan bahawa menggunakan sebagai benar sesuatu akuan yang tersebut itu yang diketahui sebagai palsu.
Hendaklah disiksa sama seperti seolah-olah ia telah memberi keterangan palsu. Maka hukuman berkaitan keterangan palsu adalah dibawah Seksyen 193 KK, Siksa bagi keterangan palsu.
Antara lain, hendaklah disiksa dengan PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI 7 TAHUN DAN BOLEH DIDENDA. Anda semua perlu merujuk sendiri Seksyen 199, 200 dan 193 Kanun Keseksaan. Maka amat besar impaknya kita membuat sesuatu akauan palsu dalam Akuan Sumpah tersebut. Move like a jagger mp3. Persoalan 5 Dimanakah tempat untuk kita mengangkat Akuan Sumpah yang sah?